Tuesday, 14 April 2015

Renovation oh..renovation.

My new home sweet home..perjalan renovate rumah..

Salam semua..

Dah bertahun-tahun tak tulis blog nii..dah berkulat wall tak update what is happening.
so excited sebap rumah Aman putri sek u17 dah 90% complete reno.

u all yang tengah survey idea tu I hope its suit your budget..kikiki..sama macam saya jgk..1st time nak reno rumah 2 stry. Alhamdulillah.. pahit manis..berhempas pulas... megikat perut...dan post pone my hobby traveling almost 1 year fully renovation have been complete.


pic asal rumah Aman Putri sebelum renovate...the journey just begin..so exited bila dapat surat untuk collect kunci daripada Developer PPC Glomac.. time collect kunci kerani tu suruh saya check defect untuk dia org repair...pehh..satu kejer lagi... nak cepat punya pasal next day saya terus masuk pegi checking..DAMMM...PPC...crack wall depan belakang..tile crack...hempeh..... mcm ni punya work man ship... bukan nak condem..tp mmg teruk..slope kat porch terlalu tinggi...klu kereta xde hand break kompom berjalan kebawah..(..

So sad ..  for 1st time yang nak reno ni saya dan wife survey jgk la area neighbour yang tengah buat reno tu..cari idea. saya buat 2 phase renovation..1st phase renovate belakang dan dalam rumah. 2nd phase untuk porch atas bawah. 1 st time Tanya contractor untuk tarik belakang atas bawah dia quote 45k. just tarik jer, tak ubah toilet atas and bawah..emm...dah Nampak min budget brp dah..so survey lagi..jumpa contractor indon ni..quote dlm 45k tarik belakang skali ubah toilet atas bawah..
since harga lebih kurang sama kita decide untuk cari contractor luar. accidently terjumpa mamat indon ni tegah reno my inlaw house at klang..since dia pon dah hampir siap saya Tanya dia untuk buat reno kat aman putri, saya bagi tau dia saya nak reno tarik belakang 15x20 atas bawah siap tarik toilet atas bawah..tambah bilik atas skali. saya bg dia 35k.. since saya dah tau berapa angaran contractor lain quote, saya bagi dia harga tu.. for ur info most Indonesian contractor ni kurang ckit ilmu pegiraan dia org..so dia minta up lg 5 k.. jd 40k...dgn happy nyer saya ckp bila boleh start.. start.. so lagi satu benda yang nak kne satle pasal electric wiring.. since saya tau dia ni mmg tak pandai buat wiring saya plan nak ambik outside contractor utk buat wiring rumah dan tambah point.
hari saya bawak contractor wiring tu si indon Adi ni ada skali..lepas saya dpt quote dari contractor wiring 10k, si Adi ni Tanya saya kenapa tak suruh dia buat skali..dia cakap siapa yang akan repair lubang point nanti..kalau dia buat semua lagi bagus..semua dia boleh satle.

saya bagi tau dia budget saya untuk wiring 5k. si Adi mintak 7k.saya nego tambah pasang L box atas bawah 10K skali wiring.so dia pon setuju..kikiki...

   since semua deal dh close..kerja mohon permit reno pon saya uruskan.. memamg blurr la kan 1st time pegi nak mohon permit... pegi kat bangunan MBSA kt Shah Alam jab bangunan tkt 10. beli buku dulu..untuk reno rumah teres intermediate. MBSA dh sediakan buku standard untuk spec  apa yang kita boleh buat. very simple dan senang. bawak doc snp, ic, ccc, pic rumah depan belakang dan deposit $$ utk cagaran tong RORO dan bayaran MBSA. dalam sejam dh siap keluar surat kelulusan reno...)) 










Deposit RM 1000 untuk Alam Flora.Tong Alam Flora wajib pakai untuk kali pertama,lepas tu pandai- pandai la contractor cari tong RORO lain. sebap kita nak claim balik duit kita kn...

Contractor saya pakai Tong RORO dari luar dia charge RM160..

 

Friday, 18 January 2013

2nd hand property vs Auction property.( bahagian 1 )

Semua orang mempunyai pandangan masing2.Entry yang menarik untuk dikongsi..
Disini saya ingin kongsi pandangan saya terhadap pembelian rumah 2nd hand dan rumah lelong.

Saya mempunyai pengalaman membeli dalam 2 keadaan yang berbeza ini,banyak buruk serta baik untuk mendapatkan rumah cara begini.. untuk pembeli rumah pertama kebanyakan mereka memilih untuk membeli rumah 2nd hand ( Selain daripada developer ). maklumlah ini kali pertama mereka membeli sesuatu yang mahal.Dengan cara ini pembeli boleh melihat sendiri keadaan luar dalam rumah tersebut,pengalaman pertama serta pengetahuan yang sedikit menyebapkan mereka bergantung kepada agent hartanah yang sentiasa memaksimumkan harga jualan serta janji manis mereka semasa penjualan.Hampir semua agent hartanah ini tidak membawa bersama legal owner semasa melihat rumah. hak mencari pembeli telah diberikan oleh tuan rumah kepada agent.ini bererti agent secara langsung mempengaruhi harga rumah tersebut.

Bukan semua agent hartanah mencekik darah pembeli, ada juga dikalangan mereka yang memberi nasihat serta tunjuk ajar yang betul, menasihati pembeli memilih bank-bank yang terbaik serta menguruskan hal2 berkaitan rumah hingga pembeli mendapat kunci rumah.Walaubagaimanapun kita sedia maklum tujuan utama agent ini adalah untuk mendapatkan komisen dari pemilik rumah... lawyer..serta bank pemberi pinjaman.Maka dengan itu meminta nasihat daripada kawan lebih baik daripada agent-agent ini.

Faktor lokasi serta harga rumah yang boleh dirunding penyebap utama pembeli rumah 2nd hand memilih untuk membeli.Selepas menghulurkan deposit 3% dan loan rumah diluluskan agent akan meminta pembeli berurusan dengan lawyer yang telah dipilih oleh agent tadi.Pembeli akan diminta membayar baki loan semasa menandatangan S&P. Pada ketika ini agent akan hilang membawa diri selepas menerima komisen mereka. Cukup malang jika lawyer yang dilantik lembap bekerja kerana tiada time frame untuk mereka menyelesaikan urusan jual beli tersebut.Jika pembeli membisu makin lembaplah kerja mereka.

Malang kekadang bagi pembeli kerana tidak dapat menghubungi penjual kerana meraka hanya berurusan dengan lawyer sahaja.Pihak bank akan mengeluarkan duit loan sekiranya semua syarat serta document lengkap, hanya pihak lawyer dan pembeli sahaja yang berperanan secara langsung menentukan cepat atau lambat penyerahan kunci.(selain developer dan pejabat tanah ).Jika penjual membayar cukai tanah, cukai pintu dan menyerahkan kepada lawyer bil2 terkini kemungkinan ia tidak memakan masa yang lama bagi lawyer untuk menguruskan pindah milik ini.

Selain dari masaalah penjual, masaalah Developer juga penyebap urusan pindah milik terganggu. Antara masaalah developer adalah

1) Syarikat telah bangkrap.
2) Syarikat telah diambil alih.
3) Syarikat telah berpindah.
4) Syarikat dalam prosess memecah Geran utama ke Geran individu.
5) Syarikat developer lembap memberi balasan surat lawyer.

Serta lain-lain alasan yang tidak dapat diterima.

Setalah semua masaalah diatas diatasi developer akan mengeluarkan consent ( salah satu doc diminta bank ) dan akhir sekali semua doc dihantar ke pej tanah untuk stamping. selesai di pejabat tanah barulah doc tersebut diserah kepada bank untuk release loan. Angaran masa diambil tidak kurang 6 BULAN.

itulah pahit manis permulaan memiliki rumah 2nd hand.hanya sedikit yang dapat diluahkan.terlalu banyak dugaan serta rintangan, sebap itulah charge lawyer untuk pindah milik mahal..

Untuk coretan saya tentang pembelian rumah lelong saya akan tulis di paparan bahagian 2.

Most importance factor choose property.

1. Property investment is for long term gain.

2. LOCATION, LOCATION, LOCATION is still the key factor.

3. If you think location is right, price is right, home is right, you can lock-in the home you want to stay. You must have comfort with the home you buy.

4. For investments, you must have holding power and cashflow is OK with stable income. Never over-geared. Weak investors with alot of obligations should not commit.

5. If you have holding power, if there is a dip in property, you'll still make up the losses eventually (doesn't apply to places like Bukit Beruntung, etc). Historical chart shows market recovery begins after 1 or 2 years from a major dip - driven by a rebound in general economy.

6. Asking whether property prices will dip by more than 50% is like asking whether Chicken Rice can drop to RM2.50 per person. However, the need for Affordable Housing is greater and greater day-by-day. Affordable homes put a ceiling in prices targeted at the most-needed segment.

7. In a depressing market conditions, rentals drop thus yield falls. But eventuality of new property price stagnation is also high. If there is a dip, property developers would rather not launch new projects rather than cutting prices. Major developers can afford to hold back their projects on the land they already owned.

8. Inflation kicks in with a growing economy. Land cost is increasing. Construction cost is increasing. Part and parcel of inflationary pressures as long as GDP expands. Analysts say property prices is unlikely to see a major dip like in 1997.

9. The determinant factor in 2013 is the outcome of the General Elections. If environment is stable, no chaos, and economy is doing fairly OK, we can see a






growing middle class fueling the property sector.

Wednesday, 28 November 2012

Hostel Politeknik Banting Baru.



Salam..

Alhamdulillah..syukur ke atas ilahi. Politeknik Banting Baru akan memulakan pengambilan untuk tahun 2012 pada bulan December.Tahniah kepada pelajar yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran di politeknik Banting ni.. brand new campus.So memang beruntung la dapat guna 1st hand.

Memandangkan keluarga isteri ku berasal dari banting..dan tanah arwah Atuk dibeli oleh kerajaan untuk membina Pusat Pengajian Matrikulasi apakah daya kami untuk membangunkan sendiri tanah pusaka.. Bagai kata orang lama-lama..'Hujan emas di negeri orang..hujan batu dinegeri sendiri..Lebih baik di negeri sendiri..' Maka kami membeli rumah teres setingkat di Banting Baru.Memandangkan politeknik banting akan dibuka pada sesi Dec dan rumah yang kami miliki telah disewakan, idea untuk
menyediakan tempat tingal pelajar buntu sehinga kami berjaya mendapat sebuah shop lot corner berkeluasan 40 x 80. Lokasi yang paling hampir dengan Politeknik Banting dapat memudahkan perjalanan ulang alik ke kampus. berkonsepkan hostel moden lengkap berperabut ( katil, almari, meja belajar, meja makan, flat 32 inc tv beserta astro, 4 mbps TM streamix, mesin basuh, cerek air serta kipas ) Sewa juga termasuk api dan air mengikut had yang ditetapkan.


Segala kemudahan hanya disekeliling hostel seperti Restaurant 24 jam, klinik, kedai runcit, mesin ATM Bank Islam, kedai basikal dan hanya beberapa langkah untuk mendapatkan perkhidmatan bas awam,

Pendaftaran hanya untuk pelajar Politeknik Banting (PBS) lelaki.
Sewa dikira Lumsum 5 Bulan + Deposit kerosakan RM 200.
Sewa RM170 sebulan x 5= 850
Deposit kerosakan RM 200 Total RM 1050.00

Cara-cara pembayaran,

A) Bayaran 2 kali:
     Waktu pendaftaran bayar RM 170 x 3 bulan + RM 200 ( Deposit kerosakan )
      Total RM 710.00
     Bulan ke 4 bayar RM 340.00
     Deposit kerosakan akan dipulangkan di akhir mingu kuliah jika tiada kerosakan.



B) Bayaran Lumsum. ( Diskaun RM100 )
     Waktu pendaftaran bayar RM 150 x 5 bulan + RM 200 ( Deposit kerosakan )
      Total RM 950.00
     Deposit kerosakan akan dipulangkan di akhir mingu kuliah jika tiada kerosakan.

Sewa Hostel dikira 5 bulan sahaja kerana tempoh pengajian hanya 20 minggu.
Berbanding Rumah sewa pelajar perlu menyewa penuh 6 bulan atau sekurang kurang setahun.

Untuk keterangan serta booking katil hubungi 012 235 2024 En Fathul
Tempat Terhad.

Sekian.

Gambar Dalam Bilik Corner

 
 Gambar Dalam Bilik Tengah

Gambar Dalam Bilik Tengah

Tuesday, 27 November 2012

Property Lelong Pertama Kami...


27hb Dec 2008. Tarikh keramat yang aku sedar Ramai permintaan terhadap rumah kos rendah..or Flat la..Dan utk pengetahuan, org pon tau tahun 2008 adalah tahun ekonomi dunia jatuh..disebapkan ketamakan golongan spakulatif menyebapkan harga minyak melambung dan hutang company US yang melampau..

So back to topic..location pertama Kota Damansara.Kawasan perumahan yang dibangunkan oleh PKNS. Sebuah township well planing.Tahun 2008 pembukaan Giant kota damansara..dan pada hari pembukaan aku terima flyer bank Lelong..dalam flyer tulis harga lelong flat dedap 32k.so idea pon dtg dengan serta merta..Pada masa tu ada beberapa unit yang hendak dilelong.tp malangnya time aku dpt flyer tu time tu la lelongan dijalankan... keesokan hari nyer aku call lawyer incharge lelongan tu..soalan pertama aku.. umah lelong di kota damansara sudah ada pembeli ker..jwp lawyer tu xada pembeli lg..so aku tanya lagi..boleh ker saya beli lagi..jwp lawyer tu plk ..tgu la lelongan sekali lagi..harga akan turun 10%..so aku tanya bila nak lelong lagi..jwp lawyer tu tgu la kuar iklan..emmm..tungu punya tungu kuar la iklan umah flat lain tp kat kota damansara jgk..location wise agak jauh dari giant,,tp memang dkt exit toll kota damansara..so ada potensi utk sewa.Survey la maintanance bil yang tertungak..so bila pegi pej maintanance pkns rumah ni dah kosong lebih 4 tahun..so sebulan maintanance RM30..x 4 tahun...tgk umah dari luar mmg kosong..dalam xtau apa condition dia..so gamble la..umah ni public bank punya harga lelong 42k..pkns jual thn 1999 RM45k. So kira untung la..tp umah ni tingkat 5..mmg susah jgk nak cari penyewa.Umah public bank ni kne byr 10% dp utk biding..so kne standby RM4,200.
memang rasa cuak jgk la first time nak beli umah lelong ni..so sebelum tarikh lelong aku pergi tempat lelong ni..aku pegi la sorg2 dgn kuda hijau aku tu..bini aku tak dapat ikut sbp dia kjer..emm..bila sampai jer kt tempat lelong ni aku buat2 la mcm nak beli umah..aku pegi la tanya kt kerani tu apa nak bawak klu nk bid umah..dia ckp la dari A-Z.. time tu mmg tak ramai orang yang nak beli.Ada 1 umah jer yang ada orang berebut, yang lain semua dapat harga reserve...so abis je auction aku balik..dpt la sedikit sebanyak pengalaman..

Back to topic..Hari lelong umah actual yang nak aku beli tu dh dkt.aku prepare bank draft.buat kat public bank.charge bank draft kt public bank ni RM2 jer..bank lain mahal ckit..mcm mybank RM5..so dh buat bank draft aku pg la dgn bini aku kt tpt lelong tu di lebuh ampang.lps register aku tgu sambil minum kopi dgn kuih2 yang dia org sediakan..so bila time nk start dia akan terangkan term n cond. TnC ni ikut bank..ada bank yang bagi 90 hari utk sattle kan hutang..ada yang 120 hari..klu lawyer yang ada pengalaman buat MOT umah lelong ni dia akan buat cepat.so cpt la bank release loan..klu lawyer ni lambat kita kena la byr penalty kt bank ikut syarat bank tu..klu x byr nanti umah yang kita beli tu burne..or di ambil balik oleh bank..so dh lps pelelong ni terangkan..lelongan pon dijalankan..sampai jer lot yang aku nak beli ni pelelong sebut la nama sapa yang register td...so suprice nama kita org jer yang ada..so automaticly kita dpt reserve price..RM42k..so next step nk kne cari bank loan plk..kt sana ada la few sales ppl dari bank..dia pon explain BLR brp..so kita org pon xnak pk byk ambik jer contact no sales person ni..nak senang dia ckp ambik loan dari bank yang sama sbp sume doc lama ada kt bank tu and loan pon senang release sbp yang lelong bank public.. so kita punya la kalot...trus apply public bank..end up ambik masa semingu baru dpt tau result loan..bank bg 80% loan..so kne cari lg 10%..mmg nyesal..maklum la time gawat..bank mana nak bg 90%..sbp nyer dia ckp umah ni buat loan below 40k.ntah la..time tu mmg bengong ckit..yg penting kt kepala otak nak lulus jer..so nasihat aku..jangan percaya sales ppl..dia org ni nak jual product mmg ckp berapi api..atlast nyesal nanti..so kita sambung chapter lain plk..next citer pasal lawyer kurang ajar dan lembap + mahal nak mampus..

Thursday, 22 November 2012

Aish Luqman 2 year...

Alhamdulillah..syukur pada ilahi..2 tahun sudah ank bujang kami..very excited sgt2 dpt ice cream cake hargendas..sampai xnak bg potong..celebrate kat pizza hut opposite Hargendaze outlet kt Aeon bukit tingi klg..cucu pertama la kata kan..ingat lg last year aku x dapat nak bawak kuar makan on birthday day sbp ada kejer..but as promise..this year Daddy bawak aish kuar..so i wish aish membesar dengan sempurna.So aish one day you will know how much we all LOVE YOU..this time aish xtau nak appreciate apa yg atuk dia bg on birthday present..since aish mmg suker benda besar such airoplane..bus..truck..helicopter..this year atuk bagi truck yang bawak kereta tu..so that all about Aish birthday..lastly Happy Birthday my son.

Monday, 13 June 2011

Aish Luman 1 year old..Happy Birthday Aish..

Tanggal 11th Jun 2011 genap umor aish setahun..rasa cepat je setahun berlalu.alhamdullilah aish membesar dgn sempurna.1st yer celebrate birthday kat umah jer..sbp daddy kejer dan xtau nak bwk pg mana.lain kali kita celebrate kat luar yer..kepada mummy sory sgt2 sbp daddy beli kfc dgn kek utk sume mkn..xtau nak beli apa sbp birthday boy x pandai makan lg..gigi pon baru tumbuh..daddy wish kita bahagia sekeluarga dan dimurahkan rezeki..semoga tahun depan dapat celebrate kat tpt yg best..)