Friday, 18 January 2013

2nd hand property vs Auction property.( bahagian 1 )

Semua orang mempunyai pandangan masing2.Entry yang menarik untuk dikongsi..
Disini saya ingin kongsi pandangan saya terhadap pembelian rumah 2nd hand dan rumah lelong.

Saya mempunyai pengalaman membeli dalam 2 keadaan yang berbeza ini,banyak buruk serta baik untuk mendapatkan rumah cara begini.. untuk pembeli rumah pertama kebanyakan mereka memilih untuk membeli rumah 2nd hand ( Selain daripada developer ). maklumlah ini kali pertama mereka membeli sesuatu yang mahal.Dengan cara ini pembeli boleh melihat sendiri keadaan luar dalam rumah tersebut,pengalaman pertama serta pengetahuan yang sedikit menyebapkan mereka bergantung kepada agent hartanah yang sentiasa memaksimumkan harga jualan serta janji manis mereka semasa penjualan.Hampir semua agent hartanah ini tidak membawa bersama legal owner semasa melihat rumah. hak mencari pembeli telah diberikan oleh tuan rumah kepada agent.ini bererti agent secara langsung mempengaruhi harga rumah tersebut.

Bukan semua agent hartanah mencekik darah pembeli, ada juga dikalangan mereka yang memberi nasihat serta tunjuk ajar yang betul, menasihati pembeli memilih bank-bank yang terbaik serta menguruskan hal2 berkaitan rumah hingga pembeli mendapat kunci rumah.Walaubagaimanapun kita sedia maklum tujuan utama agent ini adalah untuk mendapatkan komisen dari pemilik rumah... lawyer..serta bank pemberi pinjaman.Maka dengan itu meminta nasihat daripada kawan lebih baik daripada agent-agent ini.

Faktor lokasi serta harga rumah yang boleh dirunding penyebap utama pembeli rumah 2nd hand memilih untuk membeli.Selepas menghulurkan deposit 3% dan loan rumah diluluskan agent akan meminta pembeli berurusan dengan lawyer yang telah dipilih oleh agent tadi.Pembeli akan diminta membayar baki loan semasa menandatangan S&P. Pada ketika ini agent akan hilang membawa diri selepas menerima komisen mereka. Cukup malang jika lawyer yang dilantik lembap bekerja kerana tiada time frame untuk mereka menyelesaikan urusan jual beli tersebut.Jika pembeli membisu makin lembaplah kerja mereka.

Malang kekadang bagi pembeli kerana tidak dapat menghubungi penjual kerana meraka hanya berurusan dengan lawyer sahaja.Pihak bank akan mengeluarkan duit loan sekiranya semua syarat serta document lengkap, hanya pihak lawyer dan pembeli sahaja yang berperanan secara langsung menentukan cepat atau lambat penyerahan kunci.(selain developer dan pejabat tanah ).Jika penjual membayar cukai tanah, cukai pintu dan menyerahkan kepada lawyer bil2 terkini kemungkinan ia tidak memakan masa yang lama bagi lawyer untuk menguruskan pindah milik ini.

Selain dari masaalah penjual, masaalah Developer juga penyebap urusan pindah milik terganggu. Antara masaalah developer adalah

1) Syarikat telah bangkrap.
2) Syarikat telah diambil alih.
3) Syarikat telah berpindah.
4) Syarikat dalam prosess memecah Geran utama ke Geran individu.
5) Syarikat developer lembap memberi balasan surat lawyer.

Serta lain-lain alasan yang tidak dapat diterima.

Setalah semua masaalah diatas diatasi developer akan mengeluarkan consent ( salah satu doc diminta bank ) dan akhir sekali semua doc dihantar ke pej tanah untuk stamping. selesai di pejabat tanah barulah doc tersebut diserah kepada bank untuk release loan. Angaran masa diambil tidak kurang 6 BULAN.

itulah pahit manis permulaan memiliki rumah 2nd hand.hanya sedikit yang dapat diluahkan.terlalu banyak dugaan serta rintangan, sebap itulah charge lawyer untuk pindah milik mahal..

Untuk coretan saya tentang pembelian rumah lelong saya akan tulis di paparan bahagian 2.

No comments:

Post a Comment